Thursday, February 16, 2012

Pesanan Buat Kaum Adam..

Pesanan Ustaz Azhar Idrus Kepada Lelaki :
Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia. 
Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti. 
Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya. 
Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.

Sunday, February 12, 2012

Cerita Sedih Bile Lif Rosak <--- Koleksi Cerita Lawak

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.
Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi….
si A : Macamana ni…rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh…bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje… kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak…kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa…biar kita serius dengar cerita.
Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita….
si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku…aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku….bla bla bla bla bla…..
Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh…sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata…kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita…. 
si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya…aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang…bla bla bla bla……
Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih….punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi… sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk
si C : Alaaaaaa…korang punya cerita tak sedih lagi…cerita aku lagi sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke…?
si C : emmmm…mungkin hari ini dalam sejarah…
si B : cerita aje le…kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
si C : aku sedih kerana…KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA…. UWAAAAAA

Malas Pergi Sekolah <--- Koleksi Cerita Lawak

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu : Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim : Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu : Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah. 
Salim : Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!
Ibu : Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!
Salim : Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu : Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!

Kurang Ajar <--- Koleksi Cerita Lawak

Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.
“Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji” kata hakim.
Dari belakang terdengar seseorang berteriak… “Kurang ajar!!!”
“Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!” bentak hakim.
Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan…
“Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan menggunakan pisau..!”
“Celaka!!!” teriak pengunjung tadi. 
“Tenang, Bawa tenang!” teriak hakim dengan keras.
“Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan parang..!” kata hakim.
“Keparat!!!” teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.
Dengan geram Hakim berkata,
“Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan
perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!”
“Maaf.. Yang Arif…” pengunjung tadi berkata…
“Saya adalah jiran pesalah… sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji,pisau dan parang... dia selalu cakap… tidak ada!”

Suami Isteri <--- Koleksi Cerita Lawak

Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak
bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota…
” KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI ”
…dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang
tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam
di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya
terdapat satu nota bertulis…
” BANG, BANGUN BANG….. SUDAH PUKUL 6.30 PAGI “

Terlambat Sebulan <--- Koleksi Cerita Lawak

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si
isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, ” ayang,
period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita
kena gi check kat doktor.”
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk
tidak emberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga
ianya benar2 pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana
terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai
TNB tu pun berkata ” ini rumah En. Mahpus ker?” “iya, saya ni isterinya.
ada apa encik”
Pegawai TNB tu pun berkata, ” Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak
boleh tunggu ni, nanti boss saya marah.”
Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB
tu.” APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???” 
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab ” ala puan, ni kan zaman IT,
semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online”
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
“APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? ”
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan” Relek puan, puan ni baru lewat
sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan”
Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar
dari situ..
Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia
pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg
berdekatan..
Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun
memekik seraya berkata “Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak
heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat
sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???
Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan
keadaan. “sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan
perkara ni, bayar je…” kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus
naik berang.
“APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh….”
Lalu pegawai TNB tu pun cakap ” kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik
punya………..”
Si Mahpus mencelah ” apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai
apaaaaaa???
Pegawai TNB tu pun cakap ” nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
AJERRRLAAAAAAAA”
???????????????????…………………

Tragedi di Bulan Puasa <--- Koleksi Cerita Lawak

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah
bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya
menyambutnya.
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…
Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi…
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku….
Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!
Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu…
Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.
Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu. 
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…
Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi…
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Perancis : Tidur dengan aku…
Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!
Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu…
Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu.
Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang
dapat menangkap wanita itu. Wanitaitu mula ketakutan dan berharap,
jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa
tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya
menyambut wanita itu.
Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu
berkata-kata…
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas
jasa, saya akan tidur dengan anda.
Lelaki Arab : Astaghfirullah..
(lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)

Friday, February 10, 2012

Tidak Ada Jerung <--- Koleksi Cerita Lawak

Ketika saya dan kawan saya pergi berenang di sungai Zambezi Mozambique, saya bertanya kepada seorang budak laki-laki yang sedang asyik memancing "Apakah ada jerung di sungai tersebut?"..Anak itu menjawab: “Tidak!” Kemudian saya dan teman saya terjun ke sungai dan mulai berenang. Tapi saya kurang percaya, maka setelah beberapa minit saya kembali bertanya untuk meyakinkan apakah betul tidak ada jerung di sungai itu. Ia menjawab: “Tidak ada jerung! Karana jerungnya takut dengan buaya yang ada di sini!!!”

Ali Yang Mengamuk <--- Koleksi Cerita Lawak

Al-kisah…ada la satu kampung ni. Nama kampung ni Kampung Ujung Laut. Kat kampung ni penduduknya hidup aman dan bahagia. Dalam kampung ni jugak ada sorang lelaki yang tak kawin-kawin lagi. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni jenis yang ‘slow’ sket. So, ramai la yang pandang serong kat dia. Ramai la yang suka mengusik dia sehinggalah satu hari nak dijadikan ceritanya….
Ali ni pegi masjid nak semayang Jumaat. Ha..dalam slow-slow dia tu pun, semayang dia tak pernah tinggal. Lepas habih semayang Jumaat, Ali ni pun nak balik la. Masa dia nak turun pakai selipar dia tu, tetiba dia tengok selipar jepun kesayangan dia tu dah takder. Puas dia cari pun takder jugak. Ape lagi…mengamuk la Ali kat masjid tu. 
Tanpa segan silu, dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata, ” kepada sesapa yang mencurik selipar aku, baik korang pulangkan cepat !!!! ”
Sumer orang yang mendengar tetiba jer jadik takut. Ye la…mana tau..dalam slow-slow Ali ni..kang tak pasal-pasal jer jadik incredible hulk lak. Ali tetap tak puas hati. Dia ulang lagi sekali apa yang dia cakap tadi. ” Kepada sesapa yang curik selipar aku tu, pulangkan cepat !!! Kalo tak..aku akan buat macammana yang bapak aku buat tau !!!”
Pelan-pelan, orang yang mencurik selipar Ali tu pun..pulangkan balik la selipar dia tu. ” Rilek la bang. Gurau jek”. Kata si pencuri itu.
Tapi Ali tetap memandangnya dengan muka yang cukup serius. Macam nak telan orang. Si pencuri tu tersengih lalu terus memblahkan dirinya cepat-cepat. Takut la tu. Kang kena pelangkung lak. Tok imam yang ada kat situ menegur Ali. ” Kalo budak tu tak pulangkan selipar engko, engko nak buat apa? Apa yang bapak engko lakukan?”
Dengan suara dan wajah yang slumber…Ali pun menjawab, ” Aku balik kaki ayam je la tok. Nak buat macam mana lagi.” Dia pun terus blah dari situ meninggalkan Tok imam yang kelopongan itu.

Jaga Kau Harun <--- Koleksi Cerita Lawak

Hadi sedang nazak dan hampir meninggal…
Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi…
Hadi : “Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu..”
Isteri : “Iya, bang.. cakaplah..”
Hadi : “Aku mau kau kahwin dengan Harun…”
“Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?” dengan terkejut isterinya bertanya.
“Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu…”

Kenapa Adik Menangis <--- Koleksi Cerita Lawak

Ali ialah seorang anggota polis .Pada suatu hari,ketika dia sedang pergi meronda di sebuah kampung,dia terlihat seorang budak menangis di tepi jalan lalu bertanya:
Ali : Kenapa adik menangis?
Budak : Saya nak lintas jalan ni…
Ali : La..tu pun nak menangis ke…Lintas ajelah,bukannya ada kereta lalu pun…jalan lengang ni..
Budak : Tapi mak kata kalau nak melintas jalan kena bagi kereta lalu dulu tapi dari tadi lagi tak ada kereta yang lalu pun.
Ali : %&$#%%..

Bilik Mayat <--- Koleksi Cerita Lawak

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…